Sekatan Jalanraya JPJ Di Jalan KLIA

Kepada para pelancong yang memasuki negara ini melalui LCCT akan pasti melalui sekatan jalanraya (Jabatan Pengangkutan Jalan) JPJ ini sebaik sahaja keluar dari LCCT. Sekatan jalanraya ini dikendalikan oleh para penguatkuasa JPJ beruniform biru gelap seperti uniform anggota pasukan PDRM.

Sudah bertahun sekatan ini ditempatkan disitu, dan telah memberi gambaran yang sangat negatif kepada ribuan pelancong yang telah memasuki negara ini.

Kita selama ini sangat berbangga dengan demokrasi kita adalah yang terbaik di Asia, kini telah dicemari dengan wajah-wajah ketenteraan yang sangat menular ini termasuk ke lain-lain jabatan kerajaan termasuk seperti badan-badan berkuasa tempatan termasuklah JPJ.

Adakah negara kita Malaysia negara ketenteraan seperti Thailand, Indonesia dan Filipina?

Sebaiknya PDRM-lah yang harus diperbesarkan untuk mengendalikan semua perkara berhubung dengan penguatkuasaan undang-undang sama ada sivil atau pun Jenayah.

Perkara ini kini sudah menjadi bertambah buruk dengan membekalkan senjata api seperti pistol dan pump-gun kepada pasukan penguatkuasa jabatan awam seperti JPJ dan majlis-majlis perbandaran.

Penguatkuasaan oleh pasukan yang tidak dilatih dalam cara kerja kepolisan ini sangat mudah terpesong untuk menyalahgunakan kuasa mereka dan mereka dilihat sebagai satu gerombolan yang tidak berdisiplin dan berhemah semasa menjalankan tugas.

Penguatkuasa majlis perbandaran yang beruniform memperlihatkan dilema yang serupa. Kerana diberikan kuasa tanpa sebarang latihan disiplin seperti seorang anggota polis, pegawai-pegawai penguatkuasa majlis perbandaran sangat bimbang untuk mengeluarkan saman. Saman selalunya dikeluarkan secara pantas tanpa berani menunjukkan rupa.

Saya berpendapat, biarlah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang mempunyaan jabatan beruniform seperti Tentera, PDRM, Imigresen, Kastam dan Rela, serta termasuklah juga pasukan sekuriti swasta (bukan KDN tetapi dianggotai bekas tentera atau polis).

Besarkan PDRM dan kembalikan tugas menjaga keamanan secara total kepada mereka. Tugas jabatan seperti JPJ seharusnya kepada pentadbiran semata-mata.

(Artikel ini tidak menggambarkan pendapat umum tetapi hanyalah pendapat Atuk semata-mata)

Posted in Blogging, Governance, Travel | Leave a comment

Baik-Baik Sayang Untuk Murid Pendidikan Khas

Klik pada Tajuk Di Atas Dahulu, lepas tu baru klik link.
Fail besar sebab lagu berkualiti, biarkan sebentar untuk download ke PC, barulah klik butang play

baik-baik sayang

Selamat Belajar Bahasa Isyarat

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Promale

Awas Kaum Lelaki !!

Seperti wanita di mana menopause akan tetap datang tanpa dapat di sekat, setiap lelaki bila sudah melebihi 45 tahun wajib akan mengalamai Benign Prostatic Heperplasia, iaitu pembesaran atau pembengkakan kelenjar prostat. Ini tidak dapat dihalang kerana ia adalah menurut proses semula jadi penuaan setiap lelaki.

Apakah kesan Benign Prostatic Hiperplasia BPH ini?

Kelenjar Prostat adalah sebahagian daripada sistem seksual lelaki yang mengeluarkan sperma dan berfungsi semasa proses ejekulasi. Kedudukan kelenjar ini yang mengelilingi urethra, bila ia membengkak akan menjerut urethra, menjadikah lelaki tidak dapat mengeluarkan kencingnya dengan lancar (kurang lawas).

Semua lelaki 40 tahun ke atas akan mengalami masalah mebuang air kecil yang kurang lawas disebabkan BPH ini. Pembengkakan akan bertambah selagi umur bertambah dan dengan adanya infeksi boleh mendedahkan kepada bahaya kanser prostat.

Mayfirst Gold Malaysia manawarkan Mayfirst Promale yang diperbuat daripada herbal-herbal bermutu untuk melenturkan BPH dan menguatkan kelenjar prostat anda, untuk anda dapat menikmati semula kehidupan berumahtangga anda.

PESANLAH SEKARANG!!

Mayfirst Promale 30 caps RM107 (SM) RM119 (SS)

POS LAJU – PERCUMA

UNTUK MEMBUAT PESANAN:
Bank-in MAYBANK: 105010075695 atau CIMB 1215-0084967-524

HAntar SMS ke 1. Alin – 0126558126 MFN1058313 Distributor Mayfirst
atau 2. Cikgu Din – 012-2451153 MFN1072953 Distributor Mayfirst
Berikan Nama dan Alamat Anda, Produk Yang Dipesan Serta Amaun Dan Masa Bank-in.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Melayu Moro

Lagu Melayu Bangsa Moro
– Kembali Kepada Yang Tersayang
Balingan Kaden Tayan

Posted in Melayu Moro, Mp3 | Tagged | Leave a comment

Bagai Yahudi Mendapat Tanah

Khalid Amayreh: Jerusalem

Senyap-senyap Israel sedang membuat persiapan rampasan tanah paling besar dalam sejarah secara haram, semuanya di bawah perhatian Obama, tulis Khalid Amayreh di Baitulmuqaddis
Beberapa hari sebelum lawatan berjadualnya ke Washington pada 7 Julai, perdana menteri Israeli, Binyamin Netanyahu nampaknya dengan sengaja mengenepikan usaha Amerika untuk mengajukan perbincangan tidak rasmi di antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority -PA).
Minggu ini satu badan kerajaan Israel, sudah bersedia untuk meluluskan satu master plan yang tidak pernah dikemukakan sebelum ini, untuk mengembangkan lagi penempatan Yahudi yang akan secara efektifnya – mengambil kata-kata seorang pegawai palestin – memenggalkan atau memutuskan terus identiti Arab di Timur Baitulmuqaddis.

Pelan ini akan merealisasikan pembinaan berpuluh ribu penempatan (apartments) khusus untuk penduduk Yahudi, di atas tanah milik penduduk Arab.

Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai oleh puak-puak Yahudi radikal yang mempelopori pembersihan etnik bukan Yahudi di dalam bandar, sedang giat berusaha melancarkan pelan ini dengan sokongan kerajaan Israel.
(Bersambung)

Posted in Palestin, Politik, Yahudi | Leave a comment

Main Catur Di Benteng Ampangan

Atuk rasa kawasan Ampangan Seremban sekarang ini adalah penempatan orang Melayu paling ramai di NS. Semua marga melayu ada di situ, di tambah dengan ramai pendatang dari seberang yang bermastautin dan berniaga di situ. Agaknya ramai jugalah yang tidak mempunyai dokumen aka pendatang haram.

Yang menyakitkan hati dan mata atuk yang rabun ini ialah kumpulan pemain catur dan dam meja yang bermain sepanjang hari di gerai paling hadapan di benteng. Kebanyakannya adalah kumpulan dari pendatang Indonesia.

Tidak salah bermain catur (chess) atau dan meja, tetapi buruk benar rupanya kalau berkumpul ramai-ramai di gerai itu sepanjang hari. Kalau bermain catur di rumah atau terlindung sedikit tidaklah yang merosakkan sangat pandangan orang ramai. Nampak sangat budaya “pengangguran” ini disemarakkan di Ampngan.

Atuk pohonlah pada MPS ke atau pihak berkuasa yang berkaitan di Seremban ini untuk membenteras kumpulan yang menyakitkan mata hati ini.

Posted in Budaya, Indonesia | Leave a comment

Pemimpin Mengamuk

Menarik plak dari paneh miang

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Banking Blues

Hari ni datanglah seorang pegawai hutang dari Maybank, mungkin dari cabang di mana atuk mempunyai akaun hutang kereta, iaitu di Rahang Seremban. Jelasnya, atuk belum bayar bulan ni, dah 3 bulan katanya. Ditunjukkannya amaun tertunggak iaiatu RM454. Atuk bayar RM250 per bulan, camana pulak 3 bulan menjadi RM454? Walaupun terlewat sebulan atuk tak pernah miss membayarnya sehingga layak untuk di “rampas” (reposses). Setahu atuk, kerana dah tua dan lama benar berkereta, notis rampas atau fourth schedule dikeluarkan selepas anda tidak membayar masuk bulan kedua, itu pun dalam notis itu diberi masa 21 hari untuk setel. Dan atuk tidak pernah menerima sebarang notis sama ada notis tuntutan membayar kerana terlambat bayar atau Jadual ke 4 (Fourth Schedule).

Cerita yang atuk nak utarakan bukan pasal atuk tak boleh bayar. Itu jap lagi atuk setelkan, bayaran sebulan sahaja. Atuk nak cerita pasal Maybank sendiri dan banking di Malaysia secara keseluruhan, sebuah bank yang terbesar dan gah di Malaysia. Bank yang senang-senang melabur RM500 juta ke Indonesia, walaupun ramai yang membantah.

Sekarang ini bank akan menelepon anda setiap bulan jika sudah terlambat sebulan. Anda tidak lagi menerima surat notis. Pegawai kredit bank sudah menjadi penghantar notis dalam era internet ini. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang rata-ratanya tidak gemar menerima panggilan meminta hutang. Mereka tiada pilihan dan merasa bimbang jika diberhentikan. Pada masa ini kekerapan penggabungan bank membuatkan pekerja sentiasa bimbang dan dihantui. Atuk sangat merasai kerana orang yang sangat hampir dengan atuk yang berpuluh tahun bekerja sebagai pegawai bank sudah diberhentikan. Di awal tahun 70an, saudara atuk ini selepas memperolehi diploma akauntansi dari ITM mula bekerja di sebuah bank. Dengan tekun dia bekerja dan beberapa tahun kemudian dia berkursus tambahan di ITM juga untuk memantapkan diplomanya. Bekerja kembali dan kemudian diikuti dengan mengambil ijazah pentadbiran perniagaan (MBA) di UKM.

Lebih kurang 3 tahun lepas dan dengan umur yang belum pun mencecah 50 tahun, dia diberhentikan kerja. Dengan komitmen membayar rumah yang dibeli dan membina keluarga dibahunya apa yang suadara atuk ni boleh dilakukan …

Sekarang dia bekerja mencari kehidupan dengan memandu teksi.

Posted in Buat Duit, Ekonomi, Undang-undang | Leave a comment

December 23rd

Move here and updated – from pevious blog dated 6 December 2006

This month comes 23rd December Atuk will ceased to be a government employee. For almost 33 years of working as a school teacher Atuk surely feel very tired and of course very contented. Looking back through the years as a teacher bring back many memories. The struggling teacher, the raising of seven siblings, the early years after merdeka, the Indonesian confrontation, the 60s, the May 13th, the rise of Islamic awareness in the seventies and a lot of other things. So it has come to an end.

In The Years Before 1957

Dark years .., simply because I was not able to recall the chronological sequences of events of the past. It was cooler then because many houses had roses blooming in the their front gardens. Definitely there was no electricity yet for my kampung. This was surely not a priority for the British colonials. My mother was always keen to warn us siblings of the prowess the orang putih’s power. She made it a point to always warn us and to be affraid of the englishmen. Atuk even have had a chance of seeing an APC (Armoured Personal Carrier) call a GMC passing through the village, possibly of the  same type the communists ambushed, killing a British Resident, General Gerard Templer.

Atuk did remember witnessing the bombing of Bukit Silang by small army planes and reading leaflets (not able to read yet) with picture of a man (a communist) shackled, dropped by a plane in the colonial move to ask the insurgents to surrender.

Atuk spent quite a lot of times in the padi fields and occasionally trotting behind my father when he normally asked me to accompany him catching fishes in the village river. Fishes were aplenty in the river then but in the 70s they disappeared due to the new irrigation system and the poisonous new fertilizers.

The rice plants were from the traditional variety named “bujang berinai” , rather tall, about five feet in height. It took almost six months to ripen and harvested.

As a teacher trainee in 1970

Posted in Uncategorized | Leave a comment

IKlan Iklan

MAyfist Femaling

Kepada Kaum Wanita !!

Tahukah anda bahawa menopause itu boleh dilambatkan secara natural atau semula jadi, tidak memerlukan suntikan atau pembedahan?

Dan ianya adalah disebabkan perubahan imbangan hormon di dalam tubuh seorang wanita, khususnya kekurangan pengeluaran hormon estrogen?

Tahukah anda herbal atau tumbuhan Pueraria Mirifica, adalah tumbuhan paling estrogenic (mengandungi peratusan phytoestrogen tertinggi), terdapat di kawasan pergunungan di utara Thailand, di mana penduduk wanitanya adalah golongan paling rendah peratusan mengidap kanser payu dara di dunia?

Selama 20 tahun kajian tentang herbal ini telah lakukan dengan kesannya yang amat positif dan baru-baru ini telah terjadi pertembungan dan penentangan dari para pakar bedah plastik (pembesaran payu dara dan lain-lain) di Eropah yang merasa terancam perniagaan mereka akan terjejas, dengan mengarahkan farmasi-farmasi berhenti dari menjual Mirifica (Ainterol)?

Tahukah anda pusingan tuaian untuk memungut Pueraria Mirifica ini terlalu lama (10 tahun) menjadikan ia sukar diperolehi dan dengan peningkatan mendadak para penggunanya membuatkan ia sangat-sangat berharga?

Kenapa anda harus membiarkan sahaja orang-orang kaya, artis-artis dan selebrities yang melanggani Mirifica yang digelar The Miracle Herb ini dan membolotnya sehingga semakin sukar diperlehi?

PESANLAH SEKARANG!! Mayfirst Gold Femaling mengandungi 100% ekstrak Pueraria Mirifica (Kwao Krua) untuk mengembalikan kewanitaan anda!!

Dijamin berkesan dalam 60 hari!! Sesuai untuk wanita 35 tahun ke atas sahaja.

1. Mayfirst Femaling 30 caps berharga RM98 (SM) RM108 (SS)
2. Mayfirst Femaling 16 caps berharga RM59.90 (SM) RM65.90

POS LAJU – PERCUMA

UNTUK MEMBUAT PESANAN:

Bank-in MAYBANK: 105010075695 dan SMS:
0126558126 (Alin) – MFN1059313 Distributor Mayfirst
012-3699313 (Cikgu Din) – MFN1072953 Distributor Mayfirst
Berikan Nama dan Alamat Anda, Produk Yang Dipesan Serta Amaun Dan Masa Bank-in.

Posted in Blogging, Iklan | Tagged , | Leave a comment